Lelaki merajuk

Assalamualaikum...
ari nie sy nak share dgn u all sumer
tentang lelaki yang merajuk
mcm sy, maybe kot
hihi...
lelaki berlainan dgn wanita
dlm menguruskan perasaan masing2
lelaki makhluk yg simple
tp adakalanya mcm batu-bata jugak
hahaha...!!!

kepada para wanita yg disayangi
opppsss..dihormati :)
sy harap korang tau apa yg perlu
dan xperlu dibuat
bila berhadapan dgn lelaki
yg sedang merajuk..

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda.


lelaki xmintak perhatian yg sama seperti wanita
tetapi ruang untuk bersendirian untuk berfikir
lelaki penuh tanggungjawab yg perlu dipikul
ruang sendirian untuk berfikir
memang diperlukan
untuk lelaki relax dan mengatasi masalah yg melanda
kerana lelaki adalah makhluk yg kuat berfikir
lebih2 lagi jika melibatkan
orang yang disayangi.

tht's all...tenkiu bebeh!!!
^_^


0 comments:

Post a Comment