0 comments

Oracle database

Assalamualaikum...
kite jumpa lagi..
kali nie sy kene perah otak plak
sebab first time kene explore
database Oracle..
dah la xpenah belajar
apatah lagi nak guna untuk keje
ni yg sy baru study untuk ari nie
SELECT MAKLUMAT_PEMOHON.MP_NOKPBARU, MAKLUMAT_PEMOHON.MP_NAMAPEMOHON, 
DIR_NEGERI.DN_KETERANGANKOD FROM 
MAKLUMAT_PEMOHON JOIN DIR_NEGERI ON MAKLUMAT_PEMOHON.MP_NEGERI=DIR_NEGERI.DN_KODNEGERICD

*Output:


paham x kengkawan?
kalau xpaham xper
sy pun 2x5 gak
hahahahaha..!!!
 tapi walaupun fening lalat
nie 1 pengalaman yg best sesangat
dapat belajar benda baru
hihi...k la
nak study benda lain plak.

0 comments

Penghargaan buat kawan2 ku

ASSALAMUALAIKUM...
ucapan nie sy tujukan pada semua kawan2 
kenangan bersama 
sepanjang bekerja tetap 
tersemat didalam hati

TERIMA KASIH


harap korang sume hepi slalu
insyaallah jika ader jodoh pertemuan
kite akan bertemu lagi
 gud luck untuk korang jugak..
^_^


0 comments

Masa berjalan
dan terus berjalan..
go..go..gooo!!!
 ............but.............
kene kejar gak masa tu
xkira ke mana ianya berlalu
xkira berapa byk peristiwa berlaku
yg penting sy nak kejar jugak masa tu
 ............kerana...........
hajat wat masa terdekat nie
nak pegang stering
nak tekan pedal minyak
nak..nak..nak...
tapi byk sgt halangan
bukan sebab X MAMPU
tapi procedur dah macam tu
nak wat macam maner.
betul x daud?
"betul cikgu"..eh..macam dalam claz plak..hahaha!!
Hhmm.....
target bulan depan
benda tu dah ader depan mata
dapat buka pintu buat kali pertama
ibarat perasmian la konon.. :)
apa2 pun...
kene jugak tunggu dan lihat
moga hasrat tercapai..
Aminnnn...!!!!


0 comments

Lelaki merajuk

Assalamualaikum...
ari nie sy nak share dgn u all sumer
tentang lelaki yang merajuk
mcm sy, maybe kot
hihi...
lelaki berlainan dgn wanita
dlm menguruskan perasaan masing2
lelaki makhluk yg simple
tp adakalanya mcm batu-bata jugak
hahaha...!!!

kepada para wanita yg disayangi
opppsss..dihormati :)
sy harap korang tau apa yg perlu
dan xperlu dibuat
bila berhadapan dgn lelaki
yg sedang merajuk..

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda.


lelaki xmintak perhatian yg sama seperti wanita
tetapi ruang untuk bersendirian untuk berfikir
lelaki penuh tanggungjawab yg perlu dipikul
ruang sendirian untuk berfikir
memang diperlukan
untuk lelaki relax dan mengatasi masalah yg melanda
kerana lelaki adalah makhluk yg kuat berfikir
lebih2 lagi jika melibatkan
orang yang disayangi.

tht's all...tenkiu bebeh!!!
^_^


0 comments

10 Sebab perempuan tak respect lelaki

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu

*Sumber: Adik saya..hihi

0 comments

ari nie mo0dy sgt2..
dapat berita yang xbest
sangkut lagi walapun dah try byk kali
geram sesangat...
 :-(

harap2 kawan yg sorang tu leh tolong
dia jer harapan yang ada skang
kalau dengan dia xlepas gak
hmmm...kene tggu 3 bulan lagi...
ntah sempat ke x
nak pakai sebelum raya nanti..huhuhu

nak g lari 100 meter
saper nak follow
jalan jer laaa...
nak kurangkan tension punye pasal
1,2...3 Lariiiiiii...!!!!!


0 comments

MErpAti 2 SeJOLi


gurau senda
gelak tawa
riang ria
suka duka
semuanya bersama

kononnye itulah ayat yg sesuai 
nak bagitau kat sume orang
tentang merpati dua sejoli
tapi bila dipikirkan balik
banyak yg jadi merpati tapi kuat berjoli
betul ker?
hmmm..entah laa..
susah nak cakap zaman skang punyer bercinta


kalau jadi mcm merpati
mungkin ramai
tapi untuk jadi 2 sejoli mungkin susah nak jumpa
maklum laa..dugaan banyak
semua serba xlengkap, xpuas, xcukup...etc

zaman skrg 
budak2 pun dah pandai berMerpati
dah besar nanti, dorang pandai plak berparty
hahahaha...pelik kan?
tapi tu la hakikatnye...


senang citer, pas ni jgn jadi merpati
jadilah manusia
yang diberi akal dan fikiran
yang diberi ilmu pengetahuan 
untuk digunakan
supaya akan wujud ramai lagi merpati 2 sejoli
yg berakhir dgn akad
dan melalui alam perkahwinan akhirnya

waaahhhhhh..mcm pakar motivasi plak
hahahaha..layan jer laaa..

0 comments

Al-kisah

Salam 1 Malaysia..
ari nie sy nak kongsi 1 dialog antara 2 org muslim
ni bukan pasal politik atau aper2
yg berkaitan dgn politik
ni untuk pemahaman umat islam tentang
isu agama yg bagi sy
perlu berhati2 dlm menggunakan
segala rujukkan berkaitan isu semasa
sy harap sesiapa yg membaca kisah dibawah
dapat berfikir dgn baik

Al-Kisah.....

Kebetulan teman singgah solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni:

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran).

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak?

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad?

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan").

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum.


mcm maner?
ader terjumpa apa2 yg mengelirukan?
samer2 kite pikir baik buruknyer
nasihat sy, jgn guna agama untuk menegakkan fahaman politik




0 comments

SeDEtiK LEbiH


skang nie sume cakap pasal anak pak zain
saper lagi klu bukan anuar zain
sejak lagu merong tu kuar
sume dah memuja dia
mamat tu pun memang ader pakej
sampai ader yg mengaku anuar tu boyfrenz diorang
hahaha..kelakar sgt2 tapi 
hati ni terhibur jugak la dgn kerenah 
dan perangai peminat2 anuar tu..hihi

tahniah la wat anuar zain
walaupun suam2 kuku
tapi auranya masih panas
apatah lagi bila minggu setiausaha
laku habis macam pisang goreng 
hahaha..!!


0 comments

kijang mati ditanduk seladang


Akhirnya Perak berjaya kalahkan Kelantan
skuad kijang terkulai di kaki sang seladang
hahahaha..!!!


Tahniah!!!
kome memang best..

^_^
hihihi...

0 comments

Rezeki




hai kengkawan sumer...!!!
sy nak share cikit
ari nie dpt panggilan dari seseorang 
yang berstatus 'Pengarah'


antara ayat yang dia cakap
"hello, assalamualaikum..
ni encik muhammad daud ker?" 
dengan penuh bangga sy menjawab
"ye sayer"
pas tu dia pun menjawab
"saya puan **** dari ****
dan saya nak bagitau encik daud 
yang encik daud diterima kerja.
jadi bila boleh mula masuk kerja yer?"
sy dgn terkejut dan excited pun membalas
"Insyaallah saya mohon pada puan
untuk mula kerja pada 1 haribulan,
boleh tak puan?"
dengan ringkas dan penuh selamba
puan tu pun berkata
"ok, nanti kita akan panggil
untuk encik daud ambik offer letter yer"
sy pun balas ok jer...

so, ari nie dgn berat hati, sy pun wat surat resign
berat jugak nak resign
yer laaaa..kawan2x sume hepi2x
keje best tapi
bila pikir pasal kerjaya dan masa depan
terpaksa jugak ambik risiko 
untuk bekerja ditempat baru
dan bersedia menghadapi cabaran baru pulak
harap sumenyer berjalan lancar...

syukur pada Allah swt kerana perkenankan doa sy
akhirnya rezeki tetap dtg 
mungkin berkat usaha dan sabar menunggu
harap sy xmudah lupa diri
Allah swt maha mendengar dan maha penyayang 
terhadap hamba2Nya..




0 comments

Seladang

yuppp!!!!
sebagai peminat dan penyokong sejati SELADANG FC



sy letakkan kat cni jersi yang bg sy menarik
lagi cantik berbanding jersi negeri lain
hihi...





kalau ader yang berminat 
boleh cari kat kedai2 penyokong perak
nak tau kat maner
datang2 le kat stadium..
ape lagi..
kejor yop kejorr..!!!

0 comments

Hmmm..bosan

Bosan sgt ari nie..
maner x nyer..
nak keje pun xder mood
kepala plak sakit jer dari tadi
nak makan pun xder selera
nak layan anime
internet xbagi download plak
hmmm....

sabo jer la daud oii...
mcm xbesa plak ko boring + bosan plak..
hihihi...
tapi kali nie lain mcm cikit
ntah la apa yg mengganggu
hati plak xtenang
harap sehari dua ni
sumenyer kembali normal
mungkin makan masa berminggu
atau bertahun
bergantung pada keadaan

apa2 pun
saya nak buat something yang crazy
bukan crazy frog tau..hihi
maner la tau
bosan saya nie akan Kebabbooomm!!!!!
hahahaha...layan jer la apa yang ader dpn mata nie...






0 comments

Ssshhh....






0 comments

♥♥♥